Program Pengenalan E-Kelas Maxis

4 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 03 Januari 2019 telah diadakan satu Program Pengenalan E-Kelas Maxis kepada Komuniti Orang Asli Kampung Labung. Program ini merupakan program kerjasama dengan Perpustakaan Desa Kampung Semaloi. Program ini telah bermula pada jam 2.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan berkaitan fungsi Portal E-Kelas Maxis sebagai salah satu medium pembelajaran dalam talian dengan menggunakan komputer atau telefon pintar.

Mereka di berikan penerangan berkaitan cara untuk membuat pendaftaran dan jug acara untuk menggunakan laman Portal E-Kelas Maxis ini. Di akhir program ini, mereka telah memahami cara untuk mendaftar dan juga menggunakan portal E-Kelas Maxis ini sebagai salah satu tempat untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali